Tuesday, May 13, 2008

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunyaprogram khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkanwang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untukmembantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalahmereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kamibantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluanharian,pakaian dan buku sekolah dsn.Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapakali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka.Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloidari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiapseorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketikamasih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaranAgama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanyam/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3.Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Sayaterus ambil pelajaran Agama Islam.Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan sayamenyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yangsaya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatuhari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustazyang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa>*>>>>>soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke sayakerumah cikgu..."Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumahustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah,bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas namaKristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan,antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semuaagama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalahagama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersamaIman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya NabiMuhammad. -Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam sukapeperangan. -Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitumana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawabpertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dankawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalanyang tidak mampu saya menjawab secara tepat.Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhananJesus.Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustazitu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi.Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yangdibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa sayamemarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disampingmengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. sayamemerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorangberjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawabendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang memintasaya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putihsaling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelamdan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang sayameronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaztadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awakmengigau...."Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkansaya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskandengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun diIslamkan oleh Ustaz itu.Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa sayatelah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluarsemula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emakmenerkam dan peluru senapang meletup keatas.Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkankeluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumahustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaikhabis kontrak mengajar di Sabah.Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulanrakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam,tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertamakumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikandalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudiansaya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masukkawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahunsaya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nakberdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu.Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untukmengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah danbelajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradiksaya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.sayasayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetapayah emak dunia dan akhirat.Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkanbuku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun sayatelefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangiskerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktusaya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapatberita........ Ayah saya menganut Agama Islam.Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis danmenangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata sayamenjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkanmata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayahdan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnyakekuasaanMu....Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasaioleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihakgereja.Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari iniberpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul.Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kitacari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita carijalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Sayapernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universititentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu...Islampun baru setahun jagung....."Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam keranasaya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Sayaberdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwahini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puakKristian. saya juga diancam oleh umat Islam.Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permitpolis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialogdengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnyabila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketaraialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura nakbelajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yangpura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di UniversitiPutra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja.Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'HollyWater'.Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderitermasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x,Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dansebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapatdiselamatkan. insya Allah

dengar ni...

nak kasi tau blog nih hanye untuk mengutarakn pndg2 tuk dijadikan bahan bacaan...hanye terokai pemikiranku yg tak seberapa ni hehe
iqra'laa selagi mamp,selagi masih nampak huruf selagi masih pandai mengeja IQRAlah...
semakain kite membaca semakin kite banayk benda kite xtahu...
percaya atau x,idup sesudah 20taun pun tp dlam hidup ini kite hanye ade pengetahuan sekecil kutu sebesar semut api[beso mane ek tuh??] padahal Dia mnguasai sebesar lelaut di muka bumi ni pengetahuan...siape lagi klo bukan kite yg cuba dan pergi menerokai pengetahuanNya..

sElamAt MEmbaCA~~~