Wednesday, November 26, 2008

sekebal besi

+ sEkeBal BeSi +

salam to all...




ad-dunia kulluhu ta'ab...



huh....jgn mengeluh. jgn 2x...hilang semua pahala sabar n redha untuk orang yang ditimpa ujiannya. Sedangkan nabi junjungan pun Allah timpakan dengan ujian , apatah lagi kita yang yang berselaput dosa ni.Dan disebalik setiap ujian tu , terdapat kafarah dosa yang dapat membasuh karat-karat dosa dalam diri kita. Para sufi dan ulama' zaman dulu, kalau x ditimpa ujian dalam tempoh yang lama...mesti mereka akan risau.Risau kenapa?? Sebab mereka risau itu adalah istidraj dari Allah taala.Ujian Allah pada pandangan mereka adalah tanda kasih dan rahmatnya...supaya kita sentiasa kembali dan melutut dihadapanNYA.





Disebabkan kematian ayah ,ibu dan datuk yang disayangi dan dikasihi oleh Rasulullah s.a.w. , baginda telah terdidik dengan sikap berdikari, tabah dan pandai mengurus diri.Setelah itu baginda diuji dengan kematian Saidatina Khadijah Bint Khuwailid yang amat dicintai disaat sokongan Saidatina Khadijah sangat diperlukan ketika itu.Belum lagi dikira segala cabaran dan tentangan yang dilemparkan oleh kaum Quraisy ketika itu.Bebanan menyampaikan dakwah dan tanggungjawab menerima dan memelihara al-qur'an sebagai wahyu dari Allah taala. Bagaimanakah seorang manusia biasa seperti kita mampu menerima ujian seberat itu??



Itulah yang dinamakan "perisai sekebal besi".Tarbiyyah yang diberikan Allah kepada baginda sejak kecil merupakan ujian kelayakkan untuk melayakkan diri baginda ke makam yang teragung.Sejarah sudah menunjukkan jalannya...maka alasan apakah yang boleh kita beri untuk berputus asa??? Kerana setiap amalan, niat yang disasarkan hanyalah kepadaNYA....

Hakikat dan besi adalah perlu ditempa, dan dibentuk.Malah hanya kepanasan yang dapat menundukkan keutuhannya.Begitu jua dengan kita...perlukan ujian dan tarbiyyah yang dapat membentuk peribadi dan syakhsiah yang baik dan hanya dapat dilemahkan oleh neraka jahannam milik Yang Esa.rabbuna yusahhil 3x....

Setiap manusia itu , jalan ceritanya berbeza...berbeza dari semua aspek.Dan pasti ada ditemui kekurangan dalam setiap individu kerana itu hakikat hidup.Turun naik hidup kita...jangan dilemparkan keatas kesalahan orang lain.Itu tanggungjawab kita dan hakikatnya itu taqdir Allah untuk kita.Jangan bersangka buruk dengan Allah , kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Kerana dia hendakkan kita bina sendiri "perisai sekebal besi".Dialah sebaik-baik perancang dan kita manusia tidak berhak untuk menilai akan keputusanNya ke atas kita...apatah lagi terhadap individu lain.Kerana setiap manusia ada masa tertentunya...

Setiap individu itu pasti ada sumber inspirasi dan kekuatan masing-masing.Mungkin ibu bapa, sahabat baik, adik beradik, wasiat nenek, cabaran orang , si payung hati...dan lain-lain.Tidak salah malah perlu untuk kita mempunyai tempat untuk berkongsi rasa , terutama bagi mereka yang mudah untuk meluahkan rasa.Tetapi hakikatnya , yang sentiasa memahami dan Maha mengetahui adalah Dia.Dia yang Satu yang tiada keraguan patut ada padanya dan hanya pada dia sepenuh kepercayaan dan kecintaan.Ingatlah,datanglah beribu manusia untuk memberikan kemudharatan kepada kamu, jika Allah kata tidak...maka tidak akan terjadi perkara itu.Tetapi jika Allah kata "jadilah" , maka akan jadi perkara itu walau satu dunia berusaha untuk mengatasinya....

Kita patut berdoa supaya Allah terus menerus mengatur hidup kita dan memandu setiap keputusan kita.Kerana Dia sebaik-baik perancang.Jika kita yang mengatur sendiri hidup kita , pasti huru hara dunia ini dengan sifat tamak haloba dan kebodohan manusia.Janganlah Allah tinggalkan kita walau seminit pun , kerana lupanya Dia kepada kita menandakan kehancuran kita serta merta.Bukankah dengan mengingati Allah itu menenangkan hati??





~dan Dialah sebaik-baik penenang dan pemberi rezeki~

No comments: