Monday, December 15, 2008

itu yang aku pasti!!

kerana sy pasti,jalan ini adalah yg terbaik yg telah Dia tentukan utk sy.tidak kira betapa banyak ujian yg Dia beri,sy harus didik diri utk jadi lebih sabar dan redha dalam mengharungi mehnah di medan jihad ini.yakin dan lebih faham apa tujuan sebenar hidup.bukan menagih simpati dan belas kasihan yg sudah pasti tidak akan dihiraukan malah diperlekehkan.

mungkin ramai diantara kita yg masih menganggap hidup ini terlalu lama dan panjang.masih banyak ruang-ruang kosong yang perlu diisi dengan keseronokan.mungkin bagi mereka matlamat utama adalah mengejar cita-cita.walau di saat ini sy tidaklah sehebat mereka-mereka yg sering menonjol dalam akademik,sy tetap berpegang teguh dengan apa yg diajarkan kepada sy utk tidak lupa daratan,insyaAllah.syukur,sy masih belum berkesempatan berjinak2 dan berkenalan dgn 'encik putus asa' yg sering digembar-gemburkan oleh pihak lain.sy tidak mahu jadi org lupa daratan sehingga satu masa tugas utama yang seharusnya dilaksanakan mampu ditolak ketepi.sungguh,sy sendiri risau bila memikirkan perkara sebegini.

tak pernah suatu ketika sy rasakan terlalu lemah.jahilnya diri sehingga ada mata-mata yg terlalu cepat memandang rendah dan membuat persepsi sendiri.sememangnya,kita harus lebih kuat dan lebih bersemangat utk berhadapan dengan jiwa-jiwa sebegini.mampu tak mampu itu urusan kedua.sy lebih suka berhadapan drpd melarikan diri tanpa penyelesaian.

hm,dan perubahan pd diri?tak ada kene mengena dgn persekitaran.kadangkala,ada manusia yg terlalu sibuk ambil tahu sehingga terlepas pandang apa itu privacy yg org lain mahukan.sila berfikir kembali dgn lbh dalam.sy kurang selesa jika terpaksa katakan 'oh tolong jgn busybody,terima kasih'.sila ukur baju di badan sendiri sblm sibuk-sibuk ukur baju di badan org lain.

sy juga lebih suka berdiam dprd berlawan kata dgn manusia yg hanya mahu dia sahaja yg betul acapkali perbualan bermula.mungkin benar apa yg dikatakan,tetapi tidak salah utk mendengar pendapat dan buah fikiran insan lain.

belajarlah utk mendengar dan menerima =)

bukankah janji Allah itu pasti?bukankah rahmat Allah itu terlalu luas?maka jadilah seperti mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran [al-asr:3]

No comments: